Jemputan untuk menjadi sukarelawan bagi Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan

‌ Assalamualaikum WRT WBT

JEMPUTAN UNTUK MENJADI SUKARELAWAN BAGI PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN

Kami ingin mewar-warkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi telah menjemput 100 alumni UIAM untuk menyertai pasukan sukarelawan untuk membantu perlaksanaan program Imunisasi COVID-19. Lapor diri sebagai sukarelawan adalah pada bulan Mac 2021. Sukarelawan akan diberi latihan sebelum memulakan tugas. 

Tempoh program sukarelawan ini akan diberitahu kelak. 

Sehubungan dengan itu kami ingin menjemput alumni UIAM untuk menyertai pasukan ini. Sekiranya anda berminat, kami mohon mengisi Google Form di pautan ini :

http://bit.ly/SukarelawanCovid19

Berikut antara butiran awal yang boleh dikongsikan berhubung peranan dan manfaat bagi Sukarelawan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan :

1. SUKARELAWAN YANG TERPILIH AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM TUGAS-TUGAS BUKAN KESIHATAN, ANTARANYA:

-           Pendaftaran penerima vaksin
-           Saringan suhu
-           Menjemput warga emas / oku dari rumah ke pusat pemberian vaksin
-           Persiapan tempat (logistik)

2. ANTARA MANFAAT YANG BAKAL DITERIMA DI PIHAK SUKARELAWAN JIKA MENYERTAI PROGRAM INI ADALAH :

-           Elaun
-           Hospitaliti
-           Insurans
-           Sijil

Kerjasama dan sokongan anda berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah memberkati niat murni anda.

Sekian.